Taklimat SAFE - Lindungi Data Peribadi
19 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2025 (Sabtu), telah diadakan satu taklimat yang bertajuk Taklimat SAFE - Lindungi Data Peribadi yang bermula pada jam 10:30 pagi sehingga jam 11:30 pagi secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Tiga orang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka kepada semua peringkat umur.
Taklimat ini mengajar peserta untuk memahami ancaman privasi dan perlindungan data. Taklimat ini juga turut mengajar peserta cara-cara untuk mengelakkan data bocor dan melindungi data peribadi daripada dicoroboh oleh pengodam.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: